ABU BAKAR TRAVEL SERVICES PTE LTD

Abu Bakar Travel Services Pte Ltd adalah sebuah syarikat yang berasal dari Singapura yang menyediakan perkhidmatan pelancongan yang lebih mengkhususkan kepada perkhidmatan Haji dan Umrah. Selain itu, kami juga menyediakan perkhidmatan Pakej Kirim Haji (Badal Haji), Aqiqah, Korban, Khatam Al-Quran, pakej-pakej wisata dan perkhidmatan tiket penerbangan dan tempahan bilik hotel di harga yang lebih rendah dari pasaran.

Dengan pengalaman 35 tahun dalam pengurusan Haji, diketuai oleh Ustaz Haji Abu Bakar, kami amat memahami cita rasa jemaah Umrah atau Haji dan menyediakan program yang sesuai untuk para jemaah. Untuk memastikan pelayanaan yang baik, untuk program Haji, bilangan kami terhad. Sebahagian dari hasil yang diperolehi juga disalurkan untuk da’wah dan kepentingan serta kebahagiaan jemaah – kebahagiaan dunia dan juga akhirat, dengan izin Allah.

Kami sentiasa berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang sebaik mungkin dari segi penginapan, makanan dan pengangkutan. Para pegawai kami yang terlibat juga ramah, berdedikasi dan berpengalaman.

Jadual kursus untuk bakal para jemaah Umrah dan Haji

Akan dibuka kembali apabila musim Umrah/Haji diluluskan, InsyaAllah.

Majlis Maulidur Rasul

Setiap Ahad jam 3 petang (melalui talian Zoom) – sila hubungi kami untuk pengetahuan lanjut

Majlis Zikr

Setiap Khamis selepas solat Isya’ berjemaah – ditutup sementara waktu

Share This